Cara Daftar Sdn Bhd Terkini

CARA DAFTAR SDN BHD 

“Cara nak daftar sdn bhd?” Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang sedang buat bisnes. Ya lah, bisnes dah semakin berkembang ni, jadi kenalah daftar syarikat sdn bhd.

Daftar Syarikat Sdn Bhd


Berikut adalah cara untuk anda membuat pendaftaran syarikat sdn bhd.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk daftar sdn bhd:

1. Lantik Setiausaha Syarikat Sdn Bhd

Cari seseorang yang tahu tugas berkaitan kesetiausahaan, sama ada daripada badan-badan profesional seperti Bar Council atau Licensed Secretary.

2. Beri Maklumat Berkaitan Syarikat Sdn Bhd

Dengan menyediakan cadangan nama syarikat, aktiviti perniagaan yang dilakukan (maksimum 3 aktiviti) dan butiran akaun bank yang akan dibuka.

3. Dokumen Sokongan

Sediakan salinan kad pengenalan bakal pengarah, pemegang saham dan salinan passport dan visa bagi warga asing jika berkaitan.

4. Buat Appointment Dengan Bakal Setiausaha Syarikat Sdn Bhd

Memandangkan setiausaha syarikat adalah orang penting kepada perniagaan anda, maka seelok-eloknya berjumpalah untuk memudahkan urusan.

5. Proses Penubuhan Sdn Bhd

Tempoh yang diambil biasanya antara seminggu.

Selepas selesai, anda akan memperolehi beberapa dokumen daripada SSM mengikut Akta Syarikat 2016 antaranya Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58.

6. Mulakan Perniagaan

Sebaik sahaja anda telah menerima dokumen yang dikeluarkan SSM, ini bermakna perjalanan perniagaan  anda telah bermula. Apabila perniagaan sudah semakin maju dan berkembang, maka anda perlu upgrade enterprise ke sdn bhd anda.Ini penting supaya orang lain, terutama prospek perniagaan melihat anda sebagai pihak yang ada kredibiliti dan boleh dipercayai.

Hari ini ramai pelanggan mahu melihat nombor pendaftaran perniagaan sebagai bukti dan boleh membeli tanpa was-was.

Langkah Daftar Syarikat


Kenapa Perlu Daftar Syarikat Sdn Bhd?

Tak kiralah sama ada memberi khidmat dobi atau menjual aksesori telefon bimbit, rata-rata pemilik perniagaan di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka sebagai perkongsian atau milikan tunggal.

Namun selepas beberapa tahun, perniagaan itu yang sedang berkembang perlu upgrade kepada Sendirian Berhad.

Berbanding perkongsian atau milikan tunggal, syarikat Sdn Bhd mempunyai entiti undang-undangnya sendiri.

Antara manfaat mendaftar sebagai sdn bhd:

1. Pengurusan Sistematik

Syarat wajib syarikat sdn bhd adalah melantik seorang setiausaha syarikat yang bertauliah.Tugasnya adalah untuk menguruskan dokumentasi, hal pengurusan dan perundangan antara syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Syarikat sdn bhd juga wajib melantik paling tidak seorang juruaudit bertauliah untuk menyedia dan membentang laporan audit tahunan syarikat.Ini menjadikan pengurusan sesuatu bisnes itu lebih teratur dan dipercayai.

2. Elak Risiko Bankrap

Syarikat sdn bhd mempunyai liabiliti yang berasingan dari pemilik, malah liabilitinya juga terhad terhadap modal yang dikeluarkan.Jika syarikat didapati gagal membayar hutang, pemiutang boleh menuntut hutang syarikat daripada pemilik berdasarkan jumlah modal yang dikeluarkan sahaja.

3. Menjadi Aset

Apabila perniagaan memperolehi keuntungan, nilainya tinggi di pasaran. Ia berkaitan dengan faktor pindah milik aset.Sebagai contoh hartanah berstatus Bumiputera pasti meningkatkan nilai pasaran walaupun bertukar milik kepada pembeli berstatus Bumiputera.

4. Penjimatan Cukai

Cukai bagi syarikat berdaftar sebagai perkongsian atau milikan tunggal termasuk dalam cukai pendapatan.Sebaliknya cukai syarikat sdn bhd dikenali sebagai cukai korporat.Ia dikenakan keatas keuntungan syarikat dan boleh menikmati insentif penjimatan cukai oleh kerajaan.


Sekiranya anda memerlukan bantuan tentang cara daftar syarikat sdn bhd, anda boleh mendapatkan khidmat tersebut dari Malaysiabiz.Net - PROMOSI DAFTAR SYARIKAT SDN BHD




Popular posts from this blog

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

TIPS, PANDUAN, DAN CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK