KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD


APAKAH KELEBIHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)

Syarikat Sendirian Berhad atau (Sdn Bhd) merupakan entiti perniagaan yang popular di Malaysia. Sdn Bhd untuk mempunyai banyak kelebihan berbanding Enterprise

Setakat tarikh 31 Disember 2020, terdapat 1,388,905 Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang telah didaftarkan di Malaysia mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Kita juga dapat melihat perkembangan pesat penubuhan jumlah perniagaan adalah sebanyak 8,064,300 manakala jumlah perkongsian liabiliti terhad adalah sebanyak 26,596. 

Hal ini membuktikan kelebihan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) berbanding dengan perniagaan seperti milikan tunggal (Enterprise) atau perkongsian.

Bacaan Lanjut: Cara Daftar Sdn Bhd Yang Patut Bisnes Tahu


BERIKUT ADALAH 10 KELEBIHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)


1. Liabiliti terhad.

Liabiliti terhad bermaksud pemilik syarikat hanya akan rugi terhadap apa yang dilaburkan sahaja.Hal ini pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik syarikat. Mereka sudah tahu akan modal ‘hangus’ dan ini membolehkan mereka untuk merancang strategi kewangan.Liabiliti terhad ini juga akan menggalakkan usaha keusahawanan kerana nilai kerugian yang terhad.


2. Boleh diwarisi.

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dimiliki melalui pemegang saham.Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baharu.Hal ini akan menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan sentiasa  berterusan.


3. Kredibiliti yang tinggi.

Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian.Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan pembekal (supplier) yang berkualiti.


4. Kadar cukai yang rendah.

Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu.Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang perlu dibayar.


5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai.

Pemilik syarikat boleh mengaut keuntungan dengan cara mengambil dividen.Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai.Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.


6. Boleh bertukar milik.

Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham.Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, beliau juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut.Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.


7. Boleh melantik pengurusan yang profesional.

Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat.Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya mampu untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi.


8. Mudah mendapat suntikan modal.

Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti.Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini.Bagi suntikan modal ekuiti, perkara ini boleh dilakukan dengan menambahkan modal berbayar.


9. Penyata kewangan yang disahkan.

Adalah menjadi kewajipan untuk Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) menyediakan penyata kewangan yang disahkan oleh juruaudit (Auditor) yang bertauliah.Hal ini berupaya untuk menambahkan kredibiliti syarikat.Selain itu, ini boleh memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus.Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang telah ditaksir atau dalam bahasa mudahnya disebut sebagai “diaudit”.


10. Potensi yang besar.

Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan, lebih berdaya saing dan mampan pada masa yang akan datang. 


Masih buntu? 

Adakah anda memerlukan bantuan untuk mendaftarkan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)?Anda boleh mendapatkan khidmat tersebut dari Malaysiabiz.Net - PROMOSI DAFTAR SYARIKAT SDN BHD





 

Popular posts from this blog

TIPS, PANDUAN, DAN CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK

Cara Daftar Sdn Bhd Terkini