KOS DAFTAR SDN BHD



BERAPA KOS DAFTAR SDN BHD 

Mesti ramai yang nak tahu berapa  kos daftar dan maintain Syarikat Sdn Bhd ini?

Ada beberapa pekara penting yang perlu anda tahu mengenai Sdn Bhd terlebih dahulu berdasarkan Akta Syarikat 2016. Syarikat Sdn Bhd, wajib mempunyai
1. Minima seorang pengarah
2. Minima seorang pemegang Saham
3. Setiausaha Syarikat
4. Juruaudit

Ini adalah elemen yang wajib. Ada beberapa elemen yang tak wajib tetapi anda patut ada seperti
1. Akauntan
2. Ejen Cukai

 Jadi kita discuss dengan lebih lanjut mengenai kos daftar sdn bhd dan maintainancenya

1. Setiausaha Syarikat.
Mengikut akta syarikat, anda wajib mempunyaai setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat ini boleh terbahagi kepada dua iaitu:

i) Internal (bekerja secara terus dengan syarikat anda)
ii) External (bekerja secara kontrak dengan syarikat anda)

Kebiasannya syarikat sdn bhd yang baru ditubuhkan akan memilih external company secretary. Secara kebiasaanya kos external secretary ni dalam lingkungan rm60 - RM 200 (bergantung kepada firm anda engange) 

Yuran setiausaha syarikat antara kos yang perlu ada bayar. Menjadi satu kesalahan tidak mempunyaai setiausaha syarikat.

2.  Akauntan
Akta syarikat tidak mewajibkan anda melantik seorang akauntan. Sebab anda boleh sahaja buat sendiri laporan kewangan anda. Banyak dah software-software akaun di pasaran ini sekarang. Walaubagaimanpun, saya tetap galakkan anda untuk mengambil akauntan dalaman atau luaran. Bagi yang baru bermula, lebih baik ambil akauntan luaran sebab anda tak perlu fikir untuk training. Akauntan luaran ni biasanya lebih berpengalaman dan akaun terus boleh siap. Walaupun sedikit mahal berbanding dengan akauntan dalaman, yang penting anda tak pening kepala. 

3. Juru Audit
Akta Syarikat mewajibkan anda mempunyaai seorang juru audit. Kos Audit @ laporan kewangan ini adalah subjective.

Dia akan bergantung kepada sales, expenses dan asset anda. Lagi tinggi sales anda, lagi tinggi fee audit anda.

Saya just ambil contoh kos Sales anda adalah RM500 ribu. Roughly kos audit adalah dalam RM2,500.00 ke RM3,000 (Ini kasar ye, setiap syarikat berbeza dia bergantung kepada dokumen. Ini kerana, ada syarikat buat construction, dua tiga invoice sahaja sampai RM500K. Manakalah yang jual retail perlu bepuluh invoice hendak cecah sales RM500K.

4. Ejen Cukai
Akta Syarikat tidak mewajibkan anda untuk melantik ejen cukai. Walaubagaimapun, lantikan ejen cukai ini amat digalakkan kerana kiraan cukai  syarikat sdn bhd adalah complicated. Selalu kos ejen cukai ini diantara dalam 30% ke 40% daripada jumlah laporan kewangan.


Ini adalah kos-kos yang terlibat dalam pendaftaran syarikat sendirian berhad. Anda perlu bersedia. Jangan seronok belanja terus bila ada untung. Walaupun kos-kos ini mengurangkan untung anda, anda sebenarnya akan mendapat manfaat yang lebih besar jika betul-betul gunakan khidmat nasihat mereka untuk kembangkan bisnes anda. 

 Nak tahu lebih lanjut pasal sdn bhd?
Pendaftaran Sdn Bhd (Serendah dari RM 1498, Siap dalam 5 hari bekerja)
https://daftarsdnbhdonline.com/
https://upgrade2sdnbhd.com/

Info Lanjut Mengenai Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd
https://infosyarikat.com/

Maklumat Penting Daftar Sdn Bhd
https://malaysiabiz.net/10-info-daftar-sdn-bhd/

Entiti lain perniagaan di Malaysia
https://edaftarsdnbhd.com/contoh-syarikat-sdn-bhd/

Cara daftar Sdn Bhd Online
https://registersdnbhdonline.com/cara-daftar-syarikat-sdn-bhd/
https://registersdnbhdonline.com/cara-daftar-syarikat-sdn-bhd/

Panduan memilih nama syarikat
https://edaftarsdnbhd.com/10-panduan nama syarikat/




Popular posts from this blog

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

TIPS, PANDUAN, DAN CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK

Cara Daftar Sdn Bhd Terkini