Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Upgrade Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’. Ini 5 Faktor Yang Perlu Dinilai.
UPGRADE ENTERRISE KE SDN BHD
Memiliki perniagaan yang semakin berkembang adalah satu petanda yang baik, ia membuktikan produk, atau perniagaan yang dijalankan mula dikenali ramai dan diyakini oleh pengguna.
Jika sudah mencapai satu peringkat yang matang, mungkin sudah tiba masanya untuk menaiktaraf perniagaan ke satu tahap yang lebih baik, dalam mengekalkan lagi kepercayaan orang ramai.
Mungkin ada terfikir untuk menukar, dari ‘enterprise’, kepada ‘sendirian berhad’, tapi adakah ianya masa yang sesuai? Ada beberapa aspek nilai terlebih dahulu sebelum menukar kepada ‘sendirian berhad’.
![]() |
Kelebihan Daftar Sdn Bhd |
Ramai yang bertanya pada saya bila masa yang sesuai untuk tukar entiti bisnes dari enterprise ke Sdn. Bhd.
Soalan ni sebenarnya bergantung pada persediaan seseorang itu. Pada pendapat saya, antara yang perlu difikirkan ialah;
1) Kekuatan dalam pengurusan bisnes
Anda sudah memiliki kekuatan dalam mengurus dokumen, mengurus operasi, mengurus jualan & perbelanjaan,
2) Kekuatan cash flow
Anda sering mempunyai tunai yang cukup (sebaiknya minimun 3 bulan) setelah tolak beberapa perbelanjaan penting syarikat seperti gaji, sewa, hire purchase dan lain-lain lagi
3) Kekuatan team pengurusan / partner
Anda mempunyai rakan kongsi yang boleh bekerjasama, yang mempunyai peranan masing-masing & mengetahui peranan sebagai rakan kongsi
4) Kekuatan dalam mendapat projek kerajaan
Jika anda sudah mempunyai kekuatan operasi dan pengurusan yang membolehkan anda ke projek kerajaan.. (jangan lah buang masa lagi)
5) Kena bayar cukai tinggi
Jika bisnes dah baik dan mempunyai untung yang tinggi, anda cuba semak berapa cukai anda kena, kalau anda sudah dikenakan cukai melebihi kadar 21% ( lebih rm70k pendapatan bercukai)
Bolehlah fikir untuk ke Sdn Bhd. Sebab kadar cukai dah jadi 20% (2016:19%) untuk pendapatan bercukai rm500,000 pertama. Lagi satu, banyak perbelanjaan boleh ditolak berbanding Enterprise.
Ni sebahagian yang boleh saya boleh kongsi, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak tahu langkah daftar sdn bhd? Boleh refer ke Artikel - Langkah Daftar Sdn Bhd
Bacaan lanjut mengenai naik taraf enterprise ke sdn bhd di Artikel Upgrade Enterprise