TIPS, PANDUAN, DAN CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK
Nama Syarikat Yang Menarik
Korang ni tengah cari nama syarikat yang best Korang ni business owner ke? Nak nama syarikat tapi takde idea Susah nak dapat nama yang senang nak ingat?
Okay, harini saya nak share cara nak beri nama pada bisnes korang. Kalau korang nak tahu, part bagi nama sangat penting.
![]() |
TIPS DAN PANDUAN NAMA SYARIKAT MENARIK |
FORMULA NAMA SYARIKAT: PAKAR + NICHE
Boleh guna formula 2 perkataan yang menunjukkan korang pakar dalam sesuatu bidang
Contohnya:
1. KakiMotor
2. GengIbuHamil
3. PakarIklan
4. SifuKurus
5. DoktorDating
6. TaikoEmas
7. SahabatInsuran
8. VespaPower
9. BurgerMeletop
10. CikguTudung
Okay, dapat tak konsep yang saya maksudkan.
Korang gandingkan kepakaran dengan niche (bidang) bisnes korang tu.
Nanti orang senang ingat.
Tu kelebihan kalau nama pendek dan padat.
Sekali orang tengok dah ingat.
Kalau mereka nak pergi balik page atau website korang.
Mereka tinggal google je.
FORMULA NAMA SYARIKAT: RANDOM
Yang ni tricky sikit..
Kenapa?
Sebab yang ni korang letak apa-apa pun boleh.
Tapi masih boleh pergi busines korang tu.
Tengok je la Elon Musk..
Dia letak nama company dia "The Boring Company".
Nampak sangat main letak je.
Tapi jadi jugak company tu.
Buat duit jugak.
Kalau korang perasan syarikat Canon jual kamera.
Tapi Canon tu maksudnya meriam!
Tak de kene pun.
Sebab tu power branding!
Nama mengarut pun boleh.
Jadi formula apa mereka guna ni?
Mereka guna formula RANDOM.
Maknanya ambil nama benda lain, jadikan nama syarikat tu.
Nak mudah, letak je nama.
Tapi ada seni.
Kalau korang nak jual baju ke, letak nama perempuan la.
Macam:
1. Zara
2. Lofa Heels
3. Susu Nilofa
Kalau korang jual barang baby, letak la brand macam:
1. BabyJunior
2. CarryJunior
3. OneBabyWorld
Yang penting pastikan pendek je.
Dan orang boleh ingat dalam sekali baca!
Ini penting sangat. Pendek dan padat
FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA PENDAFTARAN SSM
Yang ni pada saya, guna je nama syarikat SSM.Contohnya:
1. Jurutera Budiman Sdn Bhd
2. Global Network Enterpirse
3. Synery Enterprise
Haa. nanti masa daftar pilih nama yang nampak pro sikit.
FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA INTERNATIONAL
Letak nama international kat belakang.
Yang ni agak mudah
1. Jeruk International
2. Kain Batik International
4. Kuih Bakar International
Sebab nama ni tak berapa penting.
Yang penting network yang korang dapat masa nak mula bisnes tu.
Yang ni, YOUR NETWORK IS YOUR NETWORTH.
FORMULA NAMA SYARIKAT: PENDEKKAN NAMA
Percayalah, sebab banyak syarikat yang kami jumpa, nama panjang-panjang.
AKAN DIPENDEKKAN.
Katalah nama syarikat tu HongTienWong
Akan jadilah HTW.
Nanti klien korang akan ingat huruf ni je...
Haha.
FORMULA NAMA SYARIKAT: PAKAR + NICHE +NICHE
Ini adalah Formula 3 Nama untuk terangkan lebih lanjut pasal bisnes anda.
Sekali baca klien dah tahu anda jual apa.
Katalah korang jual kasut.
Letaklah nama macam:
1. JennyKasutWanita
2. KedaiGuntingBaju
3. LehaMasakSedap
Nama macam bodohkan.
Tapi...
Berkesan.
Sebab ada 2 elemen dekat nama ni.
Pertama:
Korang buat apa.
Apa bisnes korang.
Kedua:
Korang mudahkan orang search di Google.
Orang Google Kasut Wanita nanti akan nampak korang punya website..
Korang letak pula "JennyKasutWanita.com".
Haa, memang pair lah dengan keyword tu.
BACA LEBIH LANJUT: DAFTAR SDN BHD
FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA PERKATAAN BRANDED
Okay,
Kalau korang nak naik taraf brand kasut wanita tadi tu.
Korang buat tutorial di Microsoft Word.
Buka Word korang.
Cuba main-main dengan nama.
Dan main-main dengan tulisan di Word tu.
Nanti korang akan nampak mana nama dan tulisan yang nampak GAH.
Bila korang letak brand tu...
Nanti tulisan tu akan cantik tau.
So, orang akan nampak power.
Bila korang print nama tu dekat billboard ke...
Walaupun nama tu hanya 1 perkataan macam:
1. Zara
2. Haw
3. Dio'r
Tapi sebab tulisan tu cantik bila dipandang.
Orang akan kenal korang buat apa..
Dan korang boleh markup harga mahal kalau jual barang mewah.
Dengan nama yang bagus!
LUXURY NICHE HAS THE BEST PROFIT.
Ingat ni.
RM10 lebih mahal jual ikan bilis orang rasa sayang.
Tapi RM100 mahal jual handbag branded, orang tak rasa apa-apa tau!
FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA NEGARA
Korang boleh letak nama negara contohnya Spanish, Italian, Jepun
Kalau jual sushi, letak la:
1. TokyoSushi
2. SakuraOnigiri
3. KoreanKimchi
Tak pun, kalau korang buat travel agent ke korea.
Letak nama macam:
1. BusanTravel
2. KoreaTourGuide
3. FujiTravel
Haa, kena tau nama-nama ni.
BACA LEBIH LANJUT: UPGRADE ENTERPRISE KE SDN BHD
FORMULA NAMA SYARIKAT: TEMPAT POPULAR + NICHE
Untuk formula ni, korang gabungkan nama tempat dgn niche korang.
Contohnya:
1. Istanbul Ice Cream
2. Bantal Hotel
3. Italian Spaghetti
4. Indian Curry
Haa, simple je kan nak kasi nama syarikat ni.
Ni lah nama brand korang nanti.
FORMULA NAMA SYARIKAT: GUNA NAMA TOKOH
Apa formula tokoh ni.
Ni kalau korang nak cari nama syarikat yang islamik sikit.
Tengok la brand macam:
1. TelekungSitiKhadijah
2. KurmaAjwa
3. YusoofTaiyoub
Letak la nama macam:
1. KurmaAlKhattab
2. OmarSejadah
3. AbuBakarOil
Haa. pandai-pandailah korang pusing ya...
Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam bisnes korang.