Posts

Showing posts from December, 2021

TIPS, PANDUAN, DAN CONTOH NAMA SYARIKAT MENARIK

Image
Nama Syarikat Yang Menarik  Korang ni tengah cari nama syarikat yang best Korang ni business owner ke? Nak nama syarikat tapi takde idea Susah nak dapat nama yang senang nak ingat? Okay, harini saya nak share cara nak beri nama pada bisnes korang. Kalau korang nak tahu, part bagi nama sangat penting. TIPS DAN PANDUAN NAMA SYARIKAT MENARIK FORMULA NAMA SYARIKAT: PAKAR + NICHE Boleh guna formula 2 perkataan yang menunjukkan korang pakar dalam sesuatu bidang Contohnya: 1. KakiMotor 2. GengIbuHamil 3. PakarIklan 4. SifuKurus 5. DoktorDating 6. TaikoEmas 7. SahabatInsuran 8. VespaPower 9. BurgerMeletop 10. CikguTudung Okay, dapat tak konsep yang saya maksudkan. Korang gandingkan kepakaran dengan niche (bidang) bisnes korang tu. Nanti orang senang ingat. Tu kelebihan kalau nama pendek dan padat. Sekali orang tengok dah ingat. Kalau mereka nak pergi balik page atau website korang. Mereka tinggal google je. FORMULA NAMA SYARIKAT: RANDOM Yang ni tricky sikit.. Kenapa? Sebab yang ni korang letak

KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Image
APAKAH KELEBIHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) Syarikat Sendirian Berhad atau (Sdn Bhd) merupakan entiti perniagaan yang popular di Malaysia. Sdn Bhd untuk mempunyai banyak kelebihan berbanding Enterprise Setakat tarikh 31 Disember 2020, terdapat 1,388,905 Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang telah didaftarkan di Malaysia mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Kita juga dapat melihat perkembangan pesat penubuhan jumlah perniagaan adalah sebanyak 8,064,300 manakala jumlah perkongsian liabiliti terhad adalah sebanyak 26,596 .   Hal ini membuktikan kelebihan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) berbanding dengan perniagaan seperti milikan tunggal (Enterprise) atau perkongsian. Bacaan Lanjut: Cara Daftar Sdn Bhd Yang Patut Bisnes Tahu BERIKUT ADALAH 10  KELEBIHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) 1. Liabiliti terhad. Liabiliti terhad bermaksud pemilik syarikat hanya akan rugi terhadap apa yang dilaburkan sahaja. Hal ini pastinya member

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Upgrade Dari ‘Enterprise’ Kepada ‘Sdn Bhd’. Ini 5 Faktor Yang Perlu Dinilai.

Image
UPGRADE ENTERRISE KE SDN BHD Memiliki perniagaan yang semakin berkembang adalah satu petanda yang baik, ia membuktikan produk, atau perniagaan yang dijalankan mula dikenali ramai dan diyakini oleh pengguna. Jika sudah mencapai satu peringkat yang matang, mungkin sudah tiba masanya untuk menaiktaraf perniagaan ke satu tahap yang lebih baik, dalam mengekalkan lagi kepercayaan orang ramai. Mungkin ada terfikir untuk menukar, dari ‘enterprise’, kepada ‘sendirian berhad’, tapi adakah ianya masa yang sesuai? Ada beberapa aspek nilai terlebih dahulu sebelum menukar kepada ‘sendirian berhad’. Kelebihan Daftar Sdn Bhd Ramai yang bertanya pada saya bila masa yang sesuai untuk tukar entiti bisnes dari enterprise ke Sdn. Bhd. Soalan ni sebenarnya bergantung pada persediaan seseorang itu. Pada pendapat saya, antara yang perlu difikirkan ialah; 1) Kekuatan dalam pengurusan bisnes Anda sudah memiliki kekuatan dalam mengurus dokumen, mengurus operasi, mengurus jualan & perbelanjaan, 2) Kekuatan ca

Cara Daftar Sdn Bhd Terkini

Image
CARA DAFTAR SDN BHD  “Cara nak daftar sdn bhd?” Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang sedang buat bisnes. Ya lah, bisnes dah semakin berkembang ni, jadi kenalah daftar syarikat sdn bhd. Berikut adalah cara untuk anda membuat pendaftaran syarikat sdn bhd. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk daftar sdn bhd: 1. Lantik Setiausaha Syarikat Sdn Bhd Cari seseorang yang tahu tugas berkaitan kesetiausahaan, sama ada daripada badan-badan profesional seperti Bar Council atau Licensed Secretary. 2. Beri Maklumat Berkaitan Syarikat Sdn Bhd Dengan menyediakan cadangan nama syarikat, aktiviti perniagaan yang dilakukan (maksimum 3 aktiviti) dan butiran akaun bank yang akan dibuka. 3. Dokumen Sokongan Sediakan salinan kad pengenalan bakal pengarah, pemegang saham dan salinan passport dan visa bagi warga asing jika berkaitan. 4. Buat Appointment Dengan Bakal Setiausaha Syarikat Sdn Bhd Memandangkan setiausaha syarikat adalah orang penting kepada perniagaan anda, maka seelok-eloknya berj